Tuesday, June 9, 2009

bandar baharu dan mini pizza RM0.50

sapa tak pernah makan pizza?? saja la tokman nak tanya.sebab apa mula nak makan takpa lepas makan tu la rasa menyesal pulak pasai apa??.....mahai la.terutama pizza hut ka amboi mau Rm50.00 jugak la.

tokman nak cerita pasai mini pizza atau kita sebut roti sosej la senang.kat bandar baharu ni masih terdapat roti sosej yang reganya RM0.50 sebiji.Ramai orang KL akan mengucap panjang kalau dengar ni sebab apa bila depa mai makan kenduri belah sini bangun pagi nak cari makanan terkejut dengan makcik leha kata nasi lemak sebungkus limakupang(RM0.50)....dia kata kat KL mana nak dapat lagu ni. sama lah kat bandar baharu kuih sebijik 20 sen(dua kupang) ada lagi depan kedai buah bandar baharu.

Itulah...dalam kehebatan sesuatu pasti ada kelemahan dan kekurangan jugak.Begitulah jugak dalam kekurangan dan kelemahan sesuatu ada jugak kehebatan dan kelebihannya.Begitulah bandar baharu.......dalam lembut ada keras jugakkkkk.(ingat benda lain laa tuh...ceh kotor punya otak)

bandar baharu dan pasar malam

kalau suruh tokman puji la...tokman puji pasar malam dipekan bandar baharu ni. pasai apa depa yang meniaga disini memang berdisiplin tinggi.kalau pi pasar malam lain sampai pukul 10.00 malam dok ada orang jual beli lagi. tapi kalau tuan2 dan puan2 mai pasar malam bandar baharu tepi sungai tu...lepas maghrib koi-koi takdak orang dah. kalau dulu lagi syok seingat tokman. nak kata pasart malam tak jugak sebab apa bunyi saja azam maghrib masjid bandar baharu depa pakat balik kerumah masing2.memang berdisiplin sungguh peniaga pasart malam bandar baharu ni.

tang meniaga kita meniaga.tang tuntutan ibadat kita ikut baru la betui.jangan dok pulun meniaga saja sembahyang dak..mana nak mai rezeki berkat.bila berkat mai barang sedikit untungnya lambat habisnya.allah permudah rezeki dan selalu ada hasil meniaga tersebut.

ingat lah semua tokman nak pesan. kita atas dunia ni pakat2 cari rezeki allah,buat ibadat dan yang penting jangan dok mengecoh/kona sebab allah balas sekelip mata saja kalau dia mau.

ahli politik sendri mau ingat....jangan janji air liur.kelak ia akan menjadi bahan bakar api neraka.

bandar baharu dan sarang burung walit

salah satu masaalah bagi orang yang tak tahan bunyi bising dibandar baharu ni ialah bunyi burung.depa kata nama burung ni walit.betui la kot.tokman bukan tau sangat.burung tokman tahulah tokman tu pun tak bising...cool je.

kalau sapa mai belah bandar baharu ni memang boleh tengok la orang miskin dok cari rumah.rupa-rupanya rumah sudah abis disewa oleh burung walit ni.bukan setakat satu bilik dia sewa,bertingkat-tingkat siap dengan ekon lagi.tapi dok tinjau tengok pi mai pi mai ni tokman dok pikiaq jugak sapa punya??? orang melayu ada duit banyak ka nak bela burung wakit ni.kalau setakat RM 20,000.00 jangan harap la burung tu mau berkawan dengan kita.melainkan tambah lagi satu angka bagi jadi RM 200,000.00 baru la burung mau jadi gengstars kita.

kadang2 depa kata tokey dia mai naik helikopter.dok melilau atas bumbung rumah tokman.kalau nak ikut tahap kira sakan la tokey dia ni.depa kata dia orang singapore.betui ka dak tokman tak tau.sebab apa selain dari helikopter tokey tu ada jugak helikopter syarikat gas petronas dok mai selalu parking kat sebelah taman cahaya intan tu.

nampaknya burung dibandar baharu la ni saham tinggi....


cuba ingat...apa maksud tokman ni.

bandar baharu dan kesenian...

bandar baharu memang tak asing bagi sapa yang lalu ikut lebuhraya utara selatan sebab dia ada susur keluar ke bandar baharu,serdang dan parit buntar.namun begitu dapat kita lihat ada kemudahan yang ada namun tidak digunakan pun. tang mana pulak nie???

Tuan2 dan puan perasan tak tepi sungai ada (balai ka apa nak kata)yang dok terjengui macam badak sumbu tapi tak dak apa2 fungsi dia.Semua ni dibina masa nak buat sambutan sungai dulu nih.la ni dia dok tunggu sungai tu lah saja kerja dia bangunan ni.Takdak ka sapa2 yang ada autoriti ni buat bagi perhidup tempat ni.Awat tak buat post office ka..perpustakaan ka, maksudnya bagi ada manfaat la.setahu tokman benda tu dibina bukan nilai seringgit dua kupang macam tokman beli rokok daun.rasa nya puluhan ribu jugak.Yang heran nya sebelah sana ada jugak aktiviti waktu petang orang guna jugak buat riadah....(selain dari merendek)tapi belah kita bandar baharu ni tak dak sapa pun dok guna. Cuba lah pikiaq sat nak buat bagi bangunan tu berguna pada masyarakat bandar baharu kita. paling koman pun tokman cadang buat jual prepaid ka.Tapi lagi baguih kalau buat bagi jadi pejabat pos. sikit punya sempoi ka.dah tentu tak banjir macam pejabat pos lama selalu masuk air.

sendri mau kasi ingat pihak diatas noooo....

bandar baharu dan perumahan

seram tokman tengok papan tanda rumah taman dijalan parit nibong.Seingat tokman la dulu sapa pun tak mau mai ke bandar baharu ni.Tokman ingat lagi bila zaman bas hijau dulu.Tokman naik dari stesen lama parit buntaq mai bandar baharu,lepas tu dia lalu pi ke serdang.bukan ada apa masa tu...hutan getah kiri kanan.nak sampai pekan serdang punyalah lambat.masa tu tokman tak terpikiaq yang satu hari nanti harga rumah dibandar baharu ni akan mencecah RM 160,000.00 macam sekarang.

Tokman beristigfar sambil mengurut dada.Ada ka orang bandar baharu mampu beli.nasib baik depa rembat tanah rizab khas untuk bumiputra.kalau dibuatnya lot antarabangsa mampiuh anak cucu kita nak merasa rumah sendiri.

kalau tak silap tokman laa..pemaju yang dok melilau buat taman dari bandar baru sampai tanah kebun sana bukan orang lain EPIC VALLEY kesemua.habis tanah orang kita depa sentai buat jual.tanah bandar baharu ni bukan nilai tinggi sangat.Tapi kerana tak boleh jual kat orang lain dari melayu depa jual la mahal.Kesian dekat orang yang beli rumah dibandar baharu.

Dulu masa taman berlian dibuka harga dia sekitar RM100,000.00 saja. tu kira mahai la.mula dari taman tu la naik pulak taman permata harga dia sekitar Rm107,000.00 dan disuusuli oleh taman cahaya intan lebih kurang RM105,000.00-keatas. tapi semenjak dua menjak ni sejak syarikat Damai Hikmat mulakan perang harga iaitu RM 138,000.00 ke RM150,000.00 maka EPIC VALLEY pun sudah naikkan harga rumahnya dijalan parit nibong ni.jangan terkejut taman yang baru naik ni harganya RM 160,000.00 keatas.

Apa nak jadi dengan pembangunan dibandar baharu nie.sapa makan isi sapa makan kuah nie??? kesian la pada yang bekerja makan gaji rendah nak harap rumah murah depa dah tak buat lagi.yang ada satu pun taman cahaya nilam.Tu pun yang dapat tak duduk pun tapi buat sewa.

Tak berasa nak tolong rakyat pendapatan rendah ka??? Buat la banyak2 taman rumah murah yang mampu dimiliki dengan harga dibawah RM 40,000.00

sendri mau kasi ingat.....

mana pi wakil rakyat bandar baharu

kalau tak silap pilihanraya dah setahun lebih dah.Selama dok menang ni dok rasa macam tu la jugak. Mana dia YB mana dia Ahli Parlimen pakat pi mana habis ni??
Seingat tokman la..ada sekali pakat dok mai mesjid parit nibong baca kutbah jumaat.Lepas tu rasa tokman tak dak dah. pakat pi mana habis dah nie.

Dulu masa Ameno pegang pun lagu tu jugak.dekat nak mengundi baru pakat tunjuk muka.awat orang bandar baharu ni benggong sangat ka.nak tutup mulut bagi beras dan kain batik buat manis muka orang kata.Umm...kami walaupun dok ulu kedah(selatan kedah) tapi kami tau jugak pasai saham forex dan nilai kelapa sawit setan berapa.

ingat noo....kami dok perati apa kelaku yang tengah dok tunjuk lani.kalau buat bagi betui kami tak kata apa.lama dah rasanya bandar baharu dok lagu nie jugak.kami pun ada jati diri jugak.Takan sampai mati nak bangga dengan pekan parit buntar saja.Tu bukan negeri kami.negeri kami kedah.

sendri mau ingat...

Apa yang takde di bandar baharu

Antara kemudahan yang takde kat bandar baharu masa kini dan bermula dari dahulu jugak lagi ialah:
1.Bas awam untuk ke Pekan 300 kaki dan jugak pekan nibong tebal.(dulu ada..)
2.Pejabat Pos.(dulu ada sat lepas tu dah pot mati...)
3.market/Pasar...(bangunan ada tapi tak dak sapa mau meniaga pasai dok dibelakang)
4.Bank( dulu ada tapi lari belaka...)
5.Pejabat Air Kedah...(payah nak kena pi bayaq di lubok buntaq punya la jauh)
6.kedai runcit melayu( ada la satu...tu pun baru 2 bulan dibukak tapak koperasi dulu)

awat boleh lupa sampai macam ni.jadi yang dok dibandar baharu ni dok merasa senang ka susah belaka???
Dok janji lama dah.Dok kata sampai cerah.Dok janji sampai kalah.....nak buat baik bukan masa mengundi saja.masa laa ni laaaaa........
sendri mau kasi ingat..